kopipes dari fesbuk kawan yang kopipes dari majalah EH. mintak izin... huhuhuhu. Terima kasih...
** Rencana diambil dari Majalah EH! Edisi Disember 2007
- Mungkin ada yang terasa seram sejuk.Tetapi saya percaya ramai yang tidak akan ambik peduli. Punyai kerjaya yang bagus, bergaji lumayan, berkereta, mampu untuk membeli apa saja yang boleh mencantikkan diri andai diri tidak seberapa cantik. Punyai ramai kawan untuk berlibur. Bebas melangkah ke sana ke sini tanpa ada yang mengikat, tanpa ada tanggungjawab besar di rumah. Saya tidak kata yang sudah berkahwin itu terkongkong terpenjara. Cuma kalau orang kata berumah tangga itu banyak nikmatnya, saya juga boleh kata 'single' itu banyak seronoknya. Ada perempuan yang tidak ingin kahwin 'buat masa ini' sebab terlalu sayang untuk tinggalkan hidupnya yang penuh 'enjoy' ini. Ramai pula yang tidak mahu kawin kerana belum menemui sang jejaka pujaan hati.
- "Kau terlalu memilih". Kata seorang sahabat. Eh...mestilah....Kita mahu kahwin bukan untuk sehari dua. Kita bukan main pondok-pondok. Umur saya baru 24. Tetapi makcik dan pakcik sudah sibuk bertanya bila mahu berkahwin? Siap ada tawaran...."Kalau masih belum berpunya, boleh kami carikan". Rimas. Memang rimas.
- Baiklah makcik dan pakcik. Kalau boleh saya nak lelaki bujang yang tinggi bertubuh kekar agam. Tetapi tidaklah 'body' berketul-ketul seperti ahli bina badan. Rupa pula saya tidak mahu yang terlalu kacak sebab saya pun bukannya cantik sangat. Saya suka pada yang berhidung mancung, punya gambaran rupa maskulin. Senyuman biar menawan menampakkan barisan gigi yang putih bukannya berkarat dek stain rokok ataupun kerana karies dan plak tebal. Oh ya...berkulit cerah. Kalau ada iras-iras Arab lagi bagus. Mata pula kala merenung boleh buat lutut saya menggeletar. Rambut tolonglah kemas. Kemas tidak bermakna mesti ditempek minyak rambut atau gel sampai kelihatan berminyak berkilat leper. Kulit muka, biarlah seperti berjaga bukan berjerawat batu seketul-seketul. Opsss....saya tidak suka yang bermisai tebal.
- Dari segi penampilan, saya kurang gemar pada lelaki yang menyarung 'slack' selalu dan meyisipkan kemeja T ke dalam baju. Itu cara ayah saya yang sudah 50 tahun. Tolong lah pakai jeans. Sangat segak kalau berkemeja santai putih bersama jeans biru untuk temu janji pertama saya. Jangan lupa pakai stokin.
- Saya tidak suka pada lelaki yang sengih memanjang. Macam kerang busuk! Bila kelakar cukuplah dengan ketawa yang bukan berdekah-dekah. Tetapi mesti pandai buat lawak bijak dan pandai menyusun kata untuk buat orang lain senang. Tetapi saya tidak suka lelaki yang cakap banyak. Bagi saya, lelaki yang bijak tidak banyak cakap.
- Calon suami saya mestilah tidak merokok. Kerana saya mahu hidup lama bahagia di samping suami yang sihat. Udara yang baik penting untuk anak saya membesar dengan cerdas nanti. Lagipun orang merokok baunya busuk. Tuanglah sebotol mana pewangi badan pun, bau rokok tetap akan menang.
- Saya tidak kisah apa kerja lelaki itu. Asalkan kerja halal. Rezeki yang tidak halal apabila dimakan akan menjadi darah daging yang membusuk. Yang penting, dia sentiasa bekerja keras untuk memajukan hidup, ada usaha untuk menjadi yang lebih baik dalam hidup sebab saya punyai segunung impian. Kerja apa sahaja dengan bersungguh-sungguh pasti karisma lelaki itu akan terserlah sendiri.Contohnya doktor, peguam dan jurutera. Saya rasa, saya tidak kisah sebab kebijaksanaan lelaki terletak pada bagaimana dia menguruskan hidup, punya cita-cita yang tinggi dan cuba mengapai cita-cita itu.
- Saya mahu lelaki yang sangat menghormati orang tua, orang sekelilingnya dan isterinya. Lelaki seperti ini boleh beralah atas situasi tertentu dan sangat tegas pada situasi tertentu. Dengan kata lain, dia juga mesti berpendirian tegas. Dan pendirian itu biarlah benar. Jelas....egonya dilampiskan di tempat yang betul.
- Saya sangat benci pada lelaki yang panas baran. Lelaki yang diciptakan Tuhan punyai sembilan akal dan satu nafsu. Sepatutnya pandai menahan amarah. Sepatutnya sabar menghadapi plot-plot hidup yang menekan. Yang paling-paling penting jangan sesekali mengangkat tangan membelasah wanita.
- Ya, saya setuju dengan Kata Wanita EH! Oktober. Lelaki yang layak dijadikan calon suami adalah lelaki yang tidak menggelabah apabila disuruh menjadi imam solat berjemaah. Membaca Al-Quran dengan lancar bersama Makhraj dan Tadwij yang betul. Juga sentiasa berani ke depan melaungkan azan. Bukankah seorang lelaki itu selalu ingin menjadi ketua. Jadilah ketua dalam segala segi.
- Saya juga berkenan pada lelaki yang pandai bermain alat muzik. Alangkah 'cool'nya! Tetapi janganlah pula tabiat itu berterusan sehingga selepas kahwin. Sekali sekala boleh lah. Selain itu, giat bersukan. Dan sukan yang paling segak untuk lelaki yang boleh buat saya teruja adalah tenis dan berkuda. Juga polo.
- Saya mahu lelaki yang pemurah. Tidak lokek untuk menderma. Kalau saya menjadi pengarang jantung, tolonglah jangan berkira. Saya adalah jenis tidak akan bayar makanan saya kalau saya keluar berdua dengan lelaki. Kecuali saya rasa nak belanja dia. Dan tolonglah faham, saya sangat sukakan kasut dan beg. Rajin-rajinlah hadiahkan saya beg tangan dan kasut baru ya. Kejutan? boleh tetapi bukan berjiwang karat. Kata-kata perayu pemujuk yang sampai terbelit lidah tidak lut buat saya. 'Sorry ya Mat Romeo'. Saya lebih suka tengok wajah lelaki yang agak-agak menggelabah bila mengurat perempuan, tak tahu apa yang nampak betul untuk memikat gadis.Comel!
- Saya tidak suka kucing. Alakah bagusnya kalau setiap malam setelah seharian penat bekerja, saya dihidangkan dengan masakan yang begitu membangkitkan selera. Senangnya hidup.Jadi, bagaimana makcik pakcik. Boleh tolong carikan lelaki yang sebegitu untuk saya?
- Oh, paling penting yang sepatutnya saya letakkan di senarai pertama...dia mesti cintakan saya sedalam-dalamnya dan boleh buat saya jatuh cinta padanya
No comments:
Post a Comment