Thursday, June 10, 2010

::Adam Bebel::


Ada cerita besh and ada cerita tak-brapa-nak-besh-tapi-besh-gak.
Let the 1st first.. Grrrrr... jumpa Aya, Wahid n Ina ari ni. Aya datang fetch me up kat tepi jalan.

Dalam hujan renyai-renyai, kelihatan seorang gadis berkurung merah, berpayung silver bertas tangan pinjam dari maknya menunggu myvi oren spesel edition milik Aya. Sebaik sahaja myvi oren spesel editon membrekkan tayarnya, pintu belakang penumpang dibuka sendiri oleh sang gadis. Tiada supir. Kelihatan 3 gadis 2 gadis + sorang bini orang pakai baju yang senada seirama, seiring dan sejalan. Wahhhh.. tak rancang weh... semua kaler panas. Merah+orenan n oren+merahan. Few months back.. masa majlis sorang lagi xclassmate, semua ijo. Kebetulan. Macam dirancang. Wow!


Hanya dengan sekali kesilapan yakni salah masuk simpang, kami ber4 selamat sampai ke destinasi. Ermmmm.. Kesimpulan majlis Cik Puan Intan... besh. Alhamdulillah. Pengantinnya chantek... pasangannya? Tak sempat nak klik2.. lama sangat mekap. Huhuhuh....

Ok. Sekian citer Puan Intan Farizalaila Hasidan. Tahniah!


Ok.. back to the latter mater iaitu cerita tak-brapa-nak-besh-tapi-besh-gak.
siyes+berangan mode on!

Huhuhuhuhu.. Gila sedih. Wa kena hentam gila-gila ngan Adam tadi. Mencik! Tak suka kena marah. Gila-gila dia marah wa. Apa kes? Lu sapa nak marah-marah wa? Huhuhuhuhuhu... hujan lebat gak le tadi. Rasa bengkak2 n sembab je mata wa ni. huhhuhu.. 




Thursday, June 3, 2010

::Bersenang-lenang Yang Tak Berapa Tenang::

Ermmm.. long sigh... Cuti panjang pun macam serba tak kena. Nak gerak sana-sini. Wallet menipis. Adeh. Tak besh tol musim-musim ni jadi macam ni.

Blog hopping. Baca blog-blog yang wa dok follow sekian lama. Besh. Being a silent reader of them for sekian lama, ermmmm... rasa macam dekat je ngan dorang. Penah sampai termimpi-mimpi jumpa dorang ni. Tapi tak penah jumpa pun. Not even to leave a comment. Tipu. Penah gak le tinggalkan jejak. Bagi semangat kat sorang sis ni untuk terus berblog walaupun dikecam n diugut hebat. Tabah, yo... wa still follow n support u.. :D


Tapiiiiiiiiiiiii... yang wa tak bleh blah ialahhhhhhhhhhhhhh.... apabila ada budak-budak baru yang baru start berblog. Aduyaiiii... nyampah gilo. Ada ciri-ciri meniru-tapi-tak-jadik pun ada. So tak original. Tapi pedulik apa.,. wa still nak baca.. buat modal nak ngutuk.


Kadang-kadang bila tengok 'hasil' kita di tempat orang, tapi tak diberi walau seHURUF kredit makes me marah, nyampah, poyo! Oleh yang demikian, skang ni hatta di fesbuk pun macam dah malas nak upload gambaq. Nak kena letak watermark dulu. Dah letak watermark punnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn still buat macam harta sendiri.


Bercakap pasal fesbuk. Penah tau dak apa function TAG kat album/picture tu? Well... macam ada kaitan dak?? Pikir...pikir..... sicked!


︶︵︶╭∩╮


Sunday, May 16, 2010

::Teacher's Day Vs Piala Thomas::

Ermmmm... arini teacher's day. Cikgu-cikgu kebanyakannya dah diraikan fasa pertama semalam dengan aktiviti gotong-royong (pekenengene teacher's day and diri wa????? huh!) . Wa tak kisah le beb apekebende pun nama gotong-royong ni. Sama ja. Ada ka tadak ka sama saja kena 'hadirkan' diri gak on Sabtu. Plus, wa bukannya nak kena banting tulang pun.
Keja asal kena agih-agihkan barang kat orang. Tup!tup! Last minute kena amik gambo. Takpa la sekadar nak tolong amik gambo. Wa tak kesah (baca : TOLONG amik gambo ye.. bukan tolong edit dan keje-keje lain!). Tapi kalo memang keje asal wa kena amik gambo, wa buat le semua. Tapi kalo nak tolong cover keje orang..... mintak mahapppp! Buat sendiri. tatau blajaq. Asal keje last minute je kasi wa. Nak kena pi tempah chop rubber stamp "AD-HOCer" . Senang nak chop kat dahi pasni. Mencik!

Kan wa dah bebel. Ok lagi setakat wa bebel je... lum capai wa carut. Wa maafkan lu ol.

I've read in one forum. One-two-three of the forumner there gila babi dok ngata kat cikgu2 ni pasal banyak sangat ngeluh pasal gotong-royong perdana ni. Dia kata lagi, cikgu2 la ni banyak lemak. Yang kata cikgu2 ni banyak lemak ni yang wa marah sangat ni. Sensitip.. wokey!

Penat weh.. dok usha produk-produk nak buang lemak ni. Ingat senang nak buang. Nak-nak lak dah tepu mcm ni. Huh. Gi sauna 44 hari pun tak tentu leh ilang. Tension.

Hari ujan macam ni sedap lak kalo dapat pekena cucoq pisang. Hrmmmmm. Meroyan.

Monday, May 10, 2010

Deshummmmmm!!!


Nahhhh... amik...! Kena sebijik... bila la wa nak insaf ni :(


Wednesday, March 24, 2010

::Fake::

Baru-baru ni wa TERlayan le plak AF8. Memang tiap2 musim dok layan gak. Cari modal nak ngumpat. :D

So, ada satu episode dalam diari bila ntah bebudak ni nangeh2 prektis lagu Jangan Ada Benci. Memula tengok depa ni sorang2 nangeh, wa pun naik syahdu le plak.. nak2 lagu tu kan.. lirik tu kan.. wakakakaka... Memang tak tipu le. really touched laaa

Ermmm... yang hado nya. Malam dorang perform bawak lagu tu.. wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh so fake! Menci lak wa tengok. Mencik!

Annoying weh tengok gelagat2 manusia2 pelesu ni. GELI.

Sunday, March 7, 2010

::The Other Side of Me::

Ermmmm. Wa fleksible... atau senang kata wa bertindak mengikut keadaan. Wa behave ikut keadaan. Tapi pernah sorang kawan wa kata, macam mana kita berbahasa kat dunia virtual ni melambangkan keperibadian kita di dunia luaq sebanaq. Objection!


Wa memamg tak setuju. Macam wa. Wa memang agak kuaq ajaq dalam segi struktur ayat dalam blog ni. Tapi wa lum sampai hati nak berkuang ajaq macam yang wa tulis ni kat dunia realiti. Gilo! Kalo lu kenai wa as KAWAN, lu akan kenai wa macam mana. Mungkin ramai yang akan pertikaikan benda ni. Tak sesuai dengan profesyen wa kununnnnnya... Bleh blah.


Yang kata tu pun macam la baguih sangat kat luaq sana nun walaupun sangat bersopan-santun, berbudi-bahasa dan berpijak-pijak-semut-pun-tak-mati di dunia virtual or realiti. Fakkkk! haaaa... kan dah kuaq bahasa laras tinggi ni. Sangat2 annoyING n irritatING btol. Sila muhassabah.


Ni satu lagi. Muhassabah la sangat. Tapi tak berubah-ubah pun. Lagi teruk ada wa tengok. Owhhh... wa terlebih sudah. Dah. Takdak kena-ngena ngan wa. Kentut! Tapi seronok lak tengok perangai depa2 ni. Wa tengok je as a hiburan. Nama pun hiburan. Mesti la seronok.


So, kekawan... please bagi wa peluang sesekali nak berbahasa bangsat kat blog. :-)


Menu petang ni ---> buah melaka. sendrik bikin. Menanges mak kat kampung tau anak dia buat kuih. huhuhuhuhuhuh...

Tuesday, March 2, 2010

::Watermark::

I dun know... I neeeeeeeeeeeeeed to learn how to watermark pictures badly... Have to spend some times for this...

Monday, January 25, 2010

::Buduh Sumbungggggg::

Buduhhh!!!!
Nak kata buduh... blajar 3 tingkat...
Nak kata pandai... macam jahil gak wa rasa...
Bila wa cuit, pandai lak melatah...
Bila dia melatah, abih semua kejahilan terkeluar...

Dear... benda haram, tetap haram. Mana leh nak ubah. Lu blajar skolah agama kan.. lain la wa... wa tak blajar skolah agama... tapi wa rasa, wa tak sejahil lu kot.. ahakkks
Bila ada orang tegur... tetiba lu salahkan PAS?? wakakakaka.. wadefakkkkk??

Dear... i see... i observe... i learn... i am learning.. i leant! why don't we jamaah? Kalo ada benda yang wa tak reti.. lu leh tolong ajaq dak? kalo ada benda wa tatau lu leh tolong ajaq dak? kalo ada benda tak betoi yang wa buat, lu leh tolog cuit tak?

huhuhhuhuhu.... gilo! totok sgt mind lu weh... mungkin lu patut ubah sket cara pemakanan lu... jangan EAT (??!) menda yang bukan2 sokmo..! *ahakks*
penat!

Saturday, January 23, 2010

::Data.. oh data..::

New episode begins. im given a new job. wakakakakaka.... i like.

At least ada le sket ruang untuk wa nak merasai kembali keje2 zaman dulu walaupun as an end user. Dolu2 wa dok pecah kepala pikiaq mcm mana nak wat kasi end user wa senang nak buat keje dia... tak payah susah-susah... bior wa yang pecah pala takpe.

Today, wa takyah nak pecah2 pala... wa guna je menda yang dah org buat tu. Senang hati. Sesungguhnya wa amat memahami perasaan org2 yang terlibat dalam pembikinan menda ni. Sebab tu wa guna tanpa banyak bebel.

Tapi tu le... ilmu yang kita ada kalo tak diamalkan... karat dah. bila guna menda org lain.. rasa diri sndiri pun leh buat. tapi..........!! cuba lu wa buat...!!! hahahhaha.. mintak ampun awai2.... :D:D

Moral of the story... "renung-renungkan.... Selamat beramal" ---> *nada dr izi ali*

Wednesday, January 20, 2010

::2010::

1st entry untuk tahun 2010... wakakakaka...

Well... seperti yang semua sedia maklum, permohonan wa nak balik bertugas ke tanah besar tak diluluskan. Sangat mendukacitakan. Wa dapat tahu budak2 sini yang buat petisyen kat menteri mintak wa tak ditukarkan. Depa nak wa stay lagi sini. :D *ok. mmg wa tipu!*

Ermmmm.. ok je stay sini sebenarnya JIKA wa tak dengar benda2 yang buat telinga wa berdesinggggggggg...singggggggggg....singggggggggggggggggg.... When it comes tu TANGGUNGJAWAB, insyaAllah, wa professional. :D *nak muntah? sila muntah* Gila weh, makan gaji tiap2 bulan tapi kalau tak ikhlas bekeje, apa makna duit tu?

Apa-apa pun... takdenya wa nak meroyan. Takde le wa nak tayang tu, tayang ni. Bagitau sana sini wa bahagia. Bagitau sana sini wa derita - tapi wa kompangkan gak kat fesbuk.. wakakaka. Wa punya hidup wa punya pasal. Lu punya hidup, lu punya pasal.



Untuk diri wa yang disayangi.. untuk kawan-kawan yang dikasihi, cuba-cubalah untuk menerima kelebihan orang lain dengan hati yang penuh kekaguman dan keIDOLAan... tolonglah.

Kalo wa ada kelebihan yang lu orang takdak.. wa tau wa maveles! *ouchh!* boleh tak adore kan wa ni secara diam? wakakaakakaka... takyah le dengki-dengki. Takyah la main black magic.. karaoke lagu black magic woman takpa... Takyah la nak masam muka. Takyah le tunjuk muka taik depan wa.... sebab wa DUN GIVE A DAMN... ohhhh.. demiiitttt. kill! kill! kill! die! die! die!

Tu je. Sekian.

Friday, November 20, 2009

::Balik Kampung::

Sila nyanyi lagu Surdirman sebagai intro.

Cuti panjang yang tak brapa nak panjang. Mencik! My sis called me bagitau ada parents request untuk kelas intensif Maths. Nak amik ke? Nak rehat? Huhuhuhu...

Tuesday, November 10, 2009

::Shitttttttto::

Salam....
Frustrated... Gilo! But been told not to worry. The time will come. Janji manis lagi. Penat. Muak. fakkkkkkkk!
Yo la wa tao kena sabar. Ni kira wa ngah sabar le ni. Kalo wa tak sabar, dah capai 114 kilo dah ni. Seb baik sabar... so menten 70+ kilo lagi. :D:D

So... let sedut aura2 positif yang ada. Kentutkan semua yang negatif2 ni. Buang masa. Wokeh. Things to do :
1. bukak forum - selak2 thread2 yang berkenaan.
2. buat list pros n cons
3. tanya pada yang pakar - gb, k.wati, org-tu, org-ni
4. cari sponsor
5. ACTION!!!!
6. pegang n yakin @D.U.I.T
7. Yeeeeehaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... big-SMILE :)
8. InsyaAllah.... amin...

Hrmmmmm... this really relief me... relief n release. Serious.

Other thing this is my partner ajak turun kl. Ada benda dia nak present kat wa. Some new ideas for current n coming project. Wakakakaka.. Mscam la projek berjuta-jutaaaa.. Saja bagi nampak gempaq. Ermmm.. suh tunggu wa balik next week kata lambat. Suh sponsor tiket wa tanak la. Dekut. Kalo dapat turun kl leh le usaha apa2 yang patut pasal transfer yang grrrrrrrrrrrrrr tu. Huh.

Tapi since wa dinasihatkan untuk dok diam ja pasai transfer tu. Takyah nak meroyan lebih-lebih. SO.. takyah le turun lagi minggu ni. Sekali harung je nanti balik nanti... ermmmm... my dear wa-the-myself... tenangggggggg.... :)

Monday, November 2, 2009

::5 X 14 = 25::

Wakakakakaka..... lawakkkkkk.. lum jumpe lagi student yang degil lawan tokey mcm ni. :D

Sunday, October 25, 2009

::Kill! Kill! Kill! Die! Die! Die!::

I'm watching Debaran Sehati Berdansa with my mate... berduet untuk sesi ngutuk-mengutuk... berduet untuk sesi puji-memuji. Takde pe yang besh. Bosan.

Facebooking... again.. nothing can kill!kill!kill! my EM.AE.EL.AE.ES. Huhuhu... it's getting worse.
*phsyco*

::Hey, Ladies::

Ladies.....??? mcm restroom lak.. :D
song of the month.... enjoy...!

Lirik Hey Ladies - Rossa

Sudah kubilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisanya nangis

Sudah ku bilang jangan terlalu cinta
Kalau patah hati siapa mau nolong
Seperti langit dan matahari tak bersatu lagi

Hey ladies jangan mau di bilang lemah
Kita juga bisa menipu dan menduakan
Bila wanita sudah beraksi dunia hancur


Hey ladies sekarang cinta pakai otak
Jangan mau rugi hati juga rugi waktu
Bila dia merayumu ingat semua bohong

Memanglah tak semua laki-laki busuk
Namun ladies tetaplah harus waspada
Semogalah kita semua akhirnya
Mendapatkan cinta yang tulus

Sudah kubilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisanya nangis

Monday, August 31, 2009

::Al-Fatihah::

tanggal 31.. bulan lapan... 1996.... huhuhuhu al-fatihah untuk allayarham ayahanda ANI BIN AHMAD.... (31-96) semoga tenang di SANA... amin...

Tuesday, August 18, 2009

::Kind Vs Unkind::


....sometimes, we have to be unkind to be kind.....

Sedih.

Leh ke? Bila kita baik, orang amik kesempatan. Bila kita kejam, orang kata kita lak amik kesempatan.

Bila la kita.. maksud wa SETIAP orang leh considerate setiap kali nak buat apa-apa? Agak-agak la...

Monday, August 17, 2009

::30+ vs 100+::


Thursday, August 13, 2009

WA took the The real "true colors" quiz quiz and got the result: Green..

Values : Intellectual
Achievements
Logic
Competency

Joys : Personal Achievement
Ideas
Meeting Challenges

Strengths : Confidence
LogicalProblem-solver

Needs : Autonomy
Truth & Facts Accuracy

Frustrations : Unfairness
Incompentence
Nonsense Rules

At work you are conceptual and an independent thinker. For you work is play. You are drawn to constant challenge in career, and like to develop models, explore ideas, or build systems to satisfy your need to deal wth the innovative. Once you have perfected an idea you prefer to move on leaving the project to be maintained and supported by others

In love you prefer to let your head rule tour heart. You dislike repetition, so it is difficult for you to continuously express your feelings. You believe that once feelings are stated, they are obvious to a partner. You are uneasy when your emotions control you. You want to establish a relationship, leave it to maintain itself, and turn your energies back to your career.

In childhood you appeared to be older than your years and focused on your greatest interests, achiveing in subjects that were mentally stimulating. You were impatient with drill and routine, questioned authority, and found it necessary to respect teachers before you could learn from them.

p/s : 97% !

Wednesday, August 12, 2009

::My-long-lost-friend::

Malam tadi wa takleh tido. Niat sejak kol 4:11 petangnya lagi plan nak tido awal. Letih. Penat. Dah settle apa yang patut, ready to boooom, golek kiri.. golek kanan. Taknak tido lak! Hwaaawaaawaaaa... :((

Facebooking, ziarah sana-sini, godek-godek itu ini, tetiba... tenyeh mata kakan. Tenyeh mata kiri lak. Deshumm! Wa macam kenal je orang dalam gambo tu. Tengok tag. Ye la tu. Tak salah lagi. Wa try le request add as a fren. After some moment, it's accepted. Thanx, my-long-lost-friend. 12 tahun? 13 tahun? Lamanya lost. :)

Hahahaha. Teringat balik nak tergelak pun ada, melo pun ada. My-long-lost-friend, ingat lagi macammana nak guna public fon? "Skill" yang dipraktik dulu boleh apply lagi ke? Any enhancement made? :)

Iklan!


Tetiba teringat zaman kat upm dulu. Zaman wa jadi budak baik. Wa layan nasyid. Segala album kumpulan nasyid wa beli. Beli kaset le masa tu. Dengar ngan walkman sony kaler itam. wakakakaka. Mana ilang ntah walkman tu la ni. Tapi la ni wa dah tak layan nasyid sangat. Wa layan Lily Allen. Itu yang dah pandai mencarut tu.

Ermmm. Thank you much to my-long-lost-friend ni. Dia la yang inspired me to dengar lagu-lagu nasyid. At least ada gak le zaman wa ayu-baik-muslimah-sejati. Sempat wa merasa zaman BAIK. Wa penah pakai tudung bidang 60. Wa tak penah kuar bandar ngan t-shirt lengan pendek. Tak tak reti pakai suar pendek. Wa boleh je main netbol takyah nak angkat kaki suar sampai lutut. TAPI sekaranggggggg... huhuhuhuhuhu... :(

Ermmm lagi.... Selamat berhappy-happy ngan kehidupan sekarang. Pinjam kata awak (ye.. saya berSAYA-berAWAK la more sopan) kat komen : "..hidup ni penuh cabaran.Muhasabah diri mempu buatkan kita kenal diri sendiri..Cinta yang Hakiki kepadaNya harus kita cari...:)"