Monday, August 31, 2009

::Al-Fatihah::

tanggal 31.. bulan lapan... 1996.... huhuhuhu al-fatihah untuk allayarham ayahanda ANI BIN AHMAD.... (31-96) semoga tenang di SANA... amin...

Tuesday, August 18, 2009

::Kind Vs Unkind::


....sometimes, we have to be unkind to be kind.....

Sedih.

Leh ke? Bila kita baik, orang amik kesempatan. Bila kita kejam, orang kata kita lak amik kesempatan.

Bila la kita.. maksud wa SETIAP orang leh considerate setiap kali nak buat apa-apa? Agak-agak la...

Monday, August 17, 2009

::30+ vs 100+::


Thursday, August 13, 2009

WA took the The real "true colors" quiz quiz and got the result: Green..

Values : Intellectual
Achievements
Logic
Competency

Joys : Personal Achievement
Ideas
Meeting Challenges

Strengths : Confidence
LogicalProblem-solver

Needs : Autonomy
Truth & Facts Accuracy

Frustrations : Unfairness
Incompentence
Nonsense Rules

At work you are conceptual and an independent thinker. For you work is play. You are drawn to constant challenge in career, and like to develop models, explore ideas, or build systems to satisfy your need to deal wth the innovative. Once you have perfected an idea you prefer to move on leaving the project to be maintained and supported by others

In love you prefer to let your head rule tour heart. You dislike repetition, so it is difficult for you to continuously express your feelings. You believe that once feelings are stated, they are obvious to a partner. You are uneasy when your emotions control you. You want to establish a relationship, leave it to maintain itself, and turn your energies back to your career.

In childhood you appeared to be older than your years and focused on your greatest interests, achiveing in subjects that were mentally stimulating. You were impatient with drill and routine, questioned authority, and found it necessary to respect teachers before you could learn from them.

p/s : 97% !

Wednesday, August 12, 2009

::My-long-lost-friend::

Malam tadi wa takleh tido. Niat sejak kol 4:11 petangnya lagi plan nak tido awal. Letih. Penat. Dah settle apa yang patut, ready to boooom, golek kiri.. golek kanan. Taknak tido lak! Hwaaawaaawaaaa... :((

Facebooking, ziarah sana-sini, godek-godek itu ini, tetiba... tenyeh mata kakan. Tenyeh mata kiri lak. Deshumm! Wa macam kenal je orang dalam gambo tu. Tengok tag. Ye la tu. Tak salah lagi. Wa try le request add as a fren. After some moment, it's accepted. Thanx, my-long-lost-friend. 12 tahun? 13 tahun? Lamanya lost. :)

Hahahaha. Teringat balik nak tergelak pun ada, melo pun ada. My-long-lost-friend, ingat lagi macammana nak guna public fon? "Skill" yang dipraktik dulu boleh apply lagi ke? Any enhancement made? :)

Iklan!


Tetiba teringat zaman kat upm dulu. Zaman wa jadi budak baik. Wa layan nasyid. Segala album kumpulan nasyid wa beli. Beli kaset le masa tu. Dengar ngan walkman sony kaler itam. wakakakaka. Mana ilang ntah walkman tu la ni. Tapi la ni wa dah tak layan nasyid sangat. Wa layan Lily Allen. Itu yang dah pandai mencarut tu.

Ermmm. Thank you much to my-long-lost-friend ni. Dia la yang inspired me to dengar lagu-lagu nasyid. At least ada gak le zaman wa ayu-baik-muslimah-sejati. Sempat wa merasa zaman BAIK. Wa penah pakai tudung bidang 60. Wa tak penah kuar bandar ngan t-shirt lengan pendek. Tak tak reti pakai suar pendek. Wa boleh je main netbol takyah nak angkat kaki suar sampai lutut. TAPI sekaranggggggg... huhuhuhuhuhu... :(

Ermmm lagi.... Selamat berhappy-happy ngan kehidupan sekarang. Pinjam kata awak (ye.. saya berSAYA-berAWAK la more sopan) kat komen : "..hidup ni penuh cabaran.Muhasabah diri mempu buatkan kita kenal diri sendiri..Cinta yang Hakiki kepadaNya harus kita cari...:)"

Tuesday, August 11, 2009

::Adakah Jodoh Ada Kaitan Dengan Keturunan?::

....
Tidak!

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.

Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa-doa lewat sembahyang. Allah mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.
Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai orang yang berkahwin kehidupannya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga.

Bukankah dengan Ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak?

Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing-masing padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu.
Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu.

Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik. Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti tuntutan-tuntutannya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat.

Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan * bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya*.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.

Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

Seorang teman pernah berpesan.. "Kadang2 Allah sembunyikan matahari.. Dia datangkan petir dan kilat.. kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar.. Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."

Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali.
Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.
Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada...

p/s: huhuhuhuhuhu... kunci pintu lorong-lorong tu dah jatuh dalam Laut China Selatan!

Thanx to Gedik-the-1st for the posting..

Monday, August 10, 2009

::Tipah Tertipu::

Ceaaaaaaaaaaaaaaaa!!! cesss....ces.....cesss!!! Itu bukan singer Wali Band daaaa. Wa tertipu!

::Encem::

Awat tatau dari dulu... :D

Encem siot! Singer dia awat la encem ni. Dulu wa dengar lagu-lagu Indon yang besh ni wa malas nak tengok video klip. Takut singer tak encem terus wa tanak layan lagu tu. Keji. Memule lagu ni dengar tajuk lagu pun wa dok bayang singernye selenge. Belemoih. Skali... encem!

Wakakakaka.. lagu beshh. Lagu ni one of my ym-mate kasi kat wa dulu. Walaupun liriknye toing!toing!toing! *wakkkkkklu* tapi lagu besh.


Sunday, August 9, 2009

::Asabiyah::

ASABIYAH ialah satu perkataan Arab yang membawa maksud puak keturunan atau suku kaum yang berasal daripada rumpun yang sama. Bagi masyarakat Arab, ia juga disebut sebagai kabilah atau asyirah. Perkataan taksub atau fanatik itu berasal daripada perkataan asabiyah yang membawa erti seruan seseorang supaya disokong puak keturunannya, atau mempertahankan kelompok mereka walaupun nyata kelompok mereka itu melakukan kesalahan dan kezaliman.

Hadis Nabi s.a.w seterusnya menjelaskan yang bermaksud: Telah bertanya seorang lelaki: Wahai Rasulullah, adakah dianggap fanatik puak orang yang sayang kepada kaum bangsanya? Jawab Baginda, tidak, tetapi fanatik puak ialah seorang yang menolong kaum bangsanya kepada kezaliman.

Seterusnya dari anak Wasilah bin Asqa bahawa beliau telah mendengar bapanya (Wasilah) berkata: Aku bertanya Rasullulah, apakah dia asabiyah itu? Jawab Baginda: Bahawa engkau menolong kaummu di atas dasar kezaliman.

Ini bermakna asabiyah itu ialah semangat pembelaan jahiliah iaitu mempertahankan puak keturunannya walaupun puaknya itu berada dalam kebatilan (salah) dan zalim. Maka di atas dasar asabiyah inilah ia dilarang oleh Islam, bukannya asabiyah itu membela bangsa atau keturunan di atas jalan kebenaran.

So, orang-orang skarang? Apa yang lu orang paham ngan asabiyah ni? Setakat lu sekadar ngaku keturunan lu tu bagus tapi lu sendiri tak bagus. Apa kes?

Friday, August 7, 2009

::Bila Nak Aman::

Lately, there's so many things about org-tu-wat-taik, org-ni-busuk, cik-non-ni-badigol, cik-muncung-tu-masuk-gol and cik-nin-mangkuk-hayon. WTF! Ye le wa ngaku wa nosey-parker. wakakakakaka. Wa perlu tau semua tu. Demi agama, bangsa dan negara. Jatidiri kena tebai wehhh... ceaaaa!

Tapi tu le namanya manusia. Tak penah nak puas ngan apa yang ada. Ada ja yang tak kena. Wa pun macam tu. Jangan usik wa je. Once u usik, siap le! Selagi wa tak kena usik, wa tengok je. Wa dengar je. Wa sedih bila patut wa bersedih. Wa gelak bila patut wa bergelak. Wa maki bila patut wa bermaki. Wa carut bila patut wa bermencarut *soli cikgu-cikgu BM dan pejuang bahasa. Wa jahil topik imbuhan*.

Ada orang penah pesan, berpada-pada baik ngan orang, berjaga-jaga bila bermusuh ngan orang. Wa kadang-kadang lupa pasal ni. Baik ngan orang sampai lupa keburukan orang tu. Sampai satu masa rasa macam wa kena buli, kena pijak. *tak caya tanya tnBakhil*

Tetiba... sekian! :D:D:D
p/s: Saya bukanlah dalam kategori yang mudah lupa diri bila dipuji. Saya sentiasa memuhasabah diri apabila dikeji. Sifat ini perlu ada pada semua manusia - Dr Ridhuan Tee

Monday, August 3, 2009

::Petua Hadapi Selsema Babi ::

~gambar hiasan ;)~

1. PENYAKIT BERJANGKIT & IMANI QADA’ QADAR.
  • Menafikan kepercayaan silam bahawa tubuh orang sakit PASTI AKAN memudaratkan yang sihat, justeru di dalam Islam, tidak boleh diiktikadkan sedemikian.

  • Membetulkan kefahaman semua bahawa hampir setakat mana pun kita dengan mereka yang sakit berjangkit, semua masih tertakluk kepada kekuasaan Allah swt untuk mendatangkan sakit itu kepada kita atau tidak.

  • Membetulkan kefahaman ummat bahawa sakit yang mungkin kita alami tidak semestinya datang dari orang sakit yang kita temui. Justeru, jangan mula salah menyalahkan di antara satu sama lain.
2. JANGAN TUDUH SESIAPA SEBAGAI PUNCA

  • Jangan menuduh sesiapa sebagai penyebab anda terkena selsema ini, jangan juga marah kepada sesiapa.

  • Mungkin sahaja kita ingin meyalahkan seseorang yang bersin di hadapan kita atau duduk di sebelah orang selsema di dalam train atau bas, namun diingatkan sekali lagi, kita sama sekali tidak boleh pasti, kita mendapat selsema dari orang terbabit, besar kemungkinan virus itu telah kita dapati sejak di stesyen bas lagi.

  • Perlu difahami juga, jarak tebaran germ dari seorang yang bersin secara terbuka adalah sekitar 10 kaki jaraknya. Justeru, JANGAN SALAHKAN SESIAPA dan yakinlah ia takdir Allah swt untuk menguji kita.
3. ELAK KELUAR DAN MASUK DARI KAWASAN SESAK DAN WABAK

  • Nabi s.a.w :-
    إذا سمعتم بالوباء بأرض فلا تقدموا عليه ، وإذا وقع بأرض وأنتم بها فلا تخرجوا فرارا منه
    Ertinya : Apabila kamu mendengar terdapat wabak di satu kawasan, janganlah kamu memasukinya, dan apabila kamu wabak berlaku di satu kawasan, kamu pula berada di sana, janganlah kamu keluar dari kawasan tersebut untuk melarikan diri. ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
4. SEKATNYA DARI MENJADI PENYEBAR

  • Jikalau ditakdirkan kita tergolong dari mereka yang sedang diuji dengan selsema babi ini, pastikan sedaya upaya kita tidak menjadi sebab untuk merebaknya virus terbabit di kalangan awam. Justeru itu:-
    · Tutup mulut dan hidung dengan tisu atau kain semasa bersin.
    · Sentiasa basuh tangan selepas memegang hingus, hidung atau selepas bersin di tangan, gunakan sabun atau apa-apa jenis sabun antibakteria.
    · Kurangkan berasak-asak di tempat awam, kerana peluang pemindahan virus boleh berlaku dengan lebih besar. Namun takdir Allah mendahului segala-galanya, jika telah ditakdirkan, seseorang yang mengunci diri di dalam gua batu sekalipun pasti akan kena, mungkin melalui virus yang dibawa di atas badan semut yang memasuki gua itu!.
5. CADANGAN PEMULIHAN : SARANAN DOKTOR DAN USTAZ

Bagi tujuan pemulihan, perkara biasa yang disarankan oleh para doktor adalah :-

  • Makan vitamin C dengan kadar lebih banyak dari biasa.

  • Minum air dengan kuantiti yang banyak, lebih banyak dari biasa.

  • Boleh mengambil (kecuali kanak-kanak bawah 5 tahun) ubat demam atau batuk yang biasa atau juga paracetamol dan pain killer seperti ibuprofen untuk melegakan beberapa symptom. (Rujuk doktor anda terlebih dahulu).

  • Ambil cuti dan berehat sehingga sembuh

  • Yakinkan diri dengan kesembuhan, sebutkan kata-kata yang baik untuk diri seperti yakin diri akan sembuh segera dan sebagainya. Selain itu, jangan pula mencerca dan memaki hamun semasa sakit. Hal ini disarankan melalui hadis :-
    لا عدوى ولا طيرة ، ويعجبني الفأل قالوا : وما الفأل ؟ قال : كلمة طيبة
    Ertinya : Tiada jangkitan (tanpa izin Allah) dan sial, dan aku suka kepada sikap Al-Fa’l, Sahabat bertanya : “Apakah Al-Fa’l ?”
    Nabi menjawab : “Kalimah yang baik (sangka baik untuk sembuh)

  • Berdoa agar beroleh kesembuhan dan doakan orang lain agar turut kuat dan sembuh dari jangkitan selsema babi ini.

  • Bersangka baik dengan Allah dan serahkan urusan kepada Allah swt. Iaitu jikalau telah terdapat ahli keluarga yang dijangkiti dan amat sukar untuk mengelakan diri dari bercampur dengan mereka. Dirwiyatkan di dalam sebuah hadi, Nabi meletakkan makan di dalam satu bekas bersama pesakit kusta lalu berkata :-
    كلْ باسم الله توكلاً على الله وثقة بالله
    Ertinya : Makanlah dengan bacaan Bismillah, bertawakkal kepada Allah dan berikan kepercayaan ( sangka baik) kepadaNya: (Riwayat Tirmizi dan Ibn Majah, namun menurut analisa, hadis ini dinilai lemah)

  • Jangan sesekali putus asa jika ditimpa penyakit ini.
    Firman Allah swt :
    وَإِذَا أَذَقْنَا النَّاسَ رَحْمَةً فَرِحُوا بِهَا وَإِن تُصِبْهُمْ سَيِّئَةٌ بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْ إِذَا هُمْ يَقْنَطُونَ
    Ertinya : Dan apabila Kami rasakan sesuatu rahmat kepada manusia, nescaya mereka gembira dengan rahmat itu. Dan apabila mereka ditimpa sesuatu musibah (bahaya) disebabkan kesalahan yang telah dikerjakan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka itu berputus asa.
    Sekadar itulah yang dapat dikongsikan buat masa ini, semoga semua kita dapat menghadapi saat sukar ekonomi dan kesihatan ini dalam keadaan yang jitu dan teguh iman kepada Allah swt.
    Akhirnya hayatilah kata nabi ini
    عجبا لأمر المؤمن ، إن أمره كله له خير ، وليس ذلك لأحد إلا للمؤمن ، إن أصابته سراء شكر وكان خيرا له ، وإن أصابته ضراء صبر فكان خيرا له
    Ertinya : hebat dan amat mengkagumkan sifat orang beriman, semua urusannya memberinya kebaikan, dan tiada perolehinya kecuali dia adalah mukmin, iaitu apabila ditimpa kebahagian dia bersyukur, maka ia perolehi kebaikan (hasil syukurnya dia), dan apabila ia ditimpa keburukan, ia sabar dan baginya kebaikan juga (Riwayat Muslim)
    Sebarkanlah artikel ini di merata tempat, semoga ramai beroleh manfaat dan terpandu untuk menentukan iman, minda, hati dan sikap yang betul.

Sekian


Ehsan : UstazZaharuddin Abd Rahman


copy & paste from : http://www.al-bakriah.com.my

Sunday, August 2, 2009

::Anita Mui vs Nessa::

vs